Skip to main content

Kumpulan-Kumpulan Neowangsa

1.KERSANI

KERSANI bermaksud besi Kersani yang digunakan untuk menghasilkan pedang dan lembing yang mempunyai kualiti yang terbaik.

1. Lembing Warna Merah : Keberanian dan kegagahan.
2. Lembing Bersilang : Keseimbangan rohani dan jasmani ahli Kersani dalam mengharungi modul DPA 2017.
3. Enam Potongan Lembing : Mewakili enam elemen Kadet PTD 2017 iaitu Aksara, Knowledge, Agility, Strength, Resilience & Adaptability (AKSARA).

 

2. GAPURA

GAPURA yang membawa maksud pintu gerbang. Program DPA adalah sebagai pintu masuk ke alam pekerjaan yang bakal di tempuhi kelak.

1. Dua Tiang : Mewakili penilaian akademik dan sahsiah perserta kadet DPA 2017.
2. Kelopak Oren : Merujuk kepada api semangat daripada hubungan sekeliling kadet seperti ahli kumpulan dan keluarga.
3. Platform: Menandakan Program Pascasiswazah Diploma Pentadbiran Awam,
4. Ikon Manusia: Mewakili perserta kadet DPA INTAN 2017.

 

4. TRANQUERA

TRANQUERA bermaksud fortress. Berfungsi sebagai kubu pertahanan, dan melambangkan semua ahli kumpulan mempertahankan dan memastikan ukhwah berkekalan.

1. Kubu: Melambangkan kami bakal PTD akan sentiasa melindungi rahsia rasmi kerajaan, taat setia kepada Government Of The Day.
2. Lambang Mata Pen: Melambangkan ketajaman pemikiran untuk menyiapkan apa jua tugas yang diamanahkan.

 

 

4. ANDEKA

ANDEKA yang beasal daripada Bahasa Sanskrit bermaksud Daulat.
1. Warna Merah: Melambangkan keberanian.
2. Warna Kuning: Raja berdaulat.
3. Simbolik Logo Berbentuk ‘A’: Permulaan huruf Andeka dan juga refleksi kepada angka 4.
4. Bulan Sabit dan Bintang Pecah 14: Melambangkan tahap keberadaan dan keutamaan Raja dan Perlembagaan Negara di atas sekali.
5. Menggunakan moto Berilmu Berintegriti bagi menunjukkan nilai yang perlu ada sebagai seorang PTD.

 

5. INVICTUS

INVICTUS membawa maksud tidak mengalah
1 : MAHKOTA melambangakan sifat elegan ahli kumpulan yang sentiasa menjaga imej dan kerterampilan sebagai Kadet DPA yang ideal.
2 : PIALA melambangkan kejayaan dan kemenangan yang sentiasa menjadi sasaran dan motivasi setiap ahli kumpulan untuk terus memberikan komitmen dan prestasi yang terbaik.
3 : LAUREL melambangkan kemegahan Kumpulan 5 dalam menyampaikan dan menghasilkan sesuatu tugasan dengan berkualiti, berimpak tinggi dan cemerlang atas kerjasama erat dan komitmen di antara ahli kumpulan.
4 : V (NOMBOR 5 ROMAN) Identiti kumpulan Ke-5 bagi Kadet DPA 2017 Neowangsa.