Pada 28 Julai 2017 yang lalu (Jumaat), YBhg. Tan Sri Arpah binti Abdul Razak, Pengerusi SPA telah menghadiri Majlis Amanat Pengerusi SPA bersama peserta Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) atau Kadet PTD Tahun 2017.

Majlis yang telah berlangsung pada sebelah pagi di Auditorium Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara, Kuala Lumpur ini turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Mohd Gazali bin Abas, Pengarah INTAN, YBhg. Dato’ Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan, Timbalan Pengarah Kanan INTAN, YBrs. Tuan Haji Abdullah bin Tahir, Timbalan Setiausaha Pengambilan SPA dan Puan Haslina binti Ahmad, Setiausaha Bahagian Pengambilan SPA.
Seramai 391 orang peserta kursus DPA telah menghadiri majlis ini dan kelihatan amat teruja untuk mendengar amanat dari Ybhg. Tan Sri Arpah. Antara lain intipati ucapan beliau menyentuh berkenaan pentingnya untuk setiap penjawat awam atau bakal penjawat awam untuk menunjukkan taat setia yang tidak berbelah-bahagi kepada Kerajaan.
Selain itu, Ybhg. Tan Sri Arpah turut menggesa ke semua 391 peserta DPA untuk menyemai sifat integriti dalam diri masing-masing bermula dari saat mereka menjejakkan kaki ke INTAN. Sifat ini perlu diteruskan hingga menjawat jawatan dalam Perkhidmatan Awam kelak kerana sifat integriti ini sentiasa menjadi faktor utama ke atas kegemilangan atau kejatuhan sesebuah organisasi – Hasrizul Hashim